Koleksi Percubaan PT3 2019 Matematik
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
PT3 ini merupakan pentaksiran yang dilaksanakan untuk calon di tingkatan 3 menggantikan PMR. Pentaksiran ini lebih holistik dan menyeluruh berbanding PMR.
Di gerai Fifi, dia memperoleh RM360 dengan menjual semua keknya. Wang yang diperoleh daripada jualan sepotong kek ialah ialah RM3. Hitung bilangan minimum potongan kek yang perlu dijualnya supaya jumlah pendapatannya adalah lebih daripada RM600.
Puan Zakiah membeli sebuah rumah dengan harga RM380 000 secara tunai. Dia menjual rumah itu dengan harga RM620 000 selepas 5 tahun. Jumlah caj yang telibat dalam urusan jual beli ialah RM42 000. Hitung nilai pulangan pelaburan Puan Zakiah. Diberi luas bagi sebuah segi empat tepat ialah 78 cm2 dan lebarnya ialah 6 cm. Berapakah panjang, dalam cm, segi empat tepat itu?
Berikut merupakan koleksi Percubaan PT3 2019 Matematik
Percubaan PT3 2019 Matematik Taman Petaling
Percubaan PT3 2019 Matematik Contoh 2
Percubaan PT3 2019 Matematik Contoh 1
Percubaan PT3 2019 Matematik SMK Pekan Nenas
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com