Koleksi Percubaan PT3 2019 Geografi
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
PT3 ini merupakan pentaksiran yang dilaksanakan untuk calon di tingkatan 3 menggantikan PMR. Pentaksiran ini lebih holistik dan menyeluruh berbanding PMR.
Negara Jepun mempunyai rangkaian kereta berkelajuan tinggi yang efisen dikenali sebagai Shinkansen. Jelaskan keistimewaan kereta api tersebut terhadap masyarakat dan ekonomi negara Jepun Huraikan kepentingan mewujudkan pengangkutan lestari sekiranya negara Malaysia juga ingin membina rangkaian kereta api seperti di negara Jepun.
Bincangkan kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Malaysia. Terangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Jelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia. Mengapakah kegiatan pertanian di Malaysia dapat dijalankan sepanjang tahun? Jelaskan ciri-ciri tumbuhan semula jadi Hutan Monsun Tropika yang mengalami musim kering dan musim hujan yang nyata.
Berikut merupakan Koleksi Percubaan PT3 2019 Geografi
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
yvonne
Terima kasih atas item contoh ini. Hendak bertanya – peta topo untuk Bhg B soalan 1 dan rajah 1 soalan 3 tidak dapat dilihat.