Koleksi Acara Sukaneka
Senarai Cadangan dan Panduan Acara Sukaneka Hari Guru dan Pelbagai lagi sambutan peringkat sekolah
Hari Guru adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua wargapendidik di sekolah. Hari ini juga merupakan hari penghargaanistimewa untuk kalangan guru.
Pastinya pelbagai acara telah dirancang oleh pihak sekolah untukmeraikan Hari Guru di sekolah masing-masing.
Berikut kami senarai beberapa permainan sukaneka berserta kaedahpelaksanaannya untuk memeriahkan lagi hari berkenaan.
1. Kepala Botol
Setiap ahli pasukan akan membawa botol mineral dengan meletakkandi atas kepala mengelilingi kon.
Pasukan yang cepat dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Botol air mineral besar dan kon
2. Lontaran Kasih
Setiap pasukan akan dibekalkan satu belon yang berisi air.
Belon akan dilontar mengikut jarak yang ditetapkan.
Pasukan yang berjaya melontar dan menyambut belon dengan jarakyang paling jauh dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon
3. Bowling Klasik
Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buahkelapa kea rah botol yang telah disusun.
Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagaipemenang.
Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar
4. Pijak
Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat dipergelangan kaki.
Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tigaminit.
Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikirasebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah
5. Hole in One
Setiap ahli kumpulan akan diberi 10 biji ping pong.
Peserta perlu melontar dengan melantunkan bola pingpong ke dalambaldi/cawan dalam masa 3 minit.
Pasukan yang berjaya memasukkan bola pingpong terbanyak dikirasebagai pemenang.
Peralatan: Bola Ping Pong dan Cawan/Baldi Kecil
6. Cari Getah Dalam Tepung
Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan danmuka mereka akan dibasahi dengan air.
Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan pesertapertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainanbermula.
Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan danmengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkanke dalam bekas yang disediakan.
Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnyabergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikaniaitu selepas 10 minit.
Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikirasebagai pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung, Gelang getah,Air
7. Straw Di Mulut
Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akandipisahkan dengan jarak tertentu.
Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan strawtersebut di mulut masing-masing.
Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainandengan pass getah yang diberikan oleh penyelaras kepada ahliseterusnya dengan menggunakan straw di mulut. Kemudian ahli keduapula pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama,dan seterusnya sehingga peserta terakhir.
Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di ataskertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator dengan menggunakanstraw.
Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masapermainan adalah 10 minit.
Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpulbilangan getah yang paling banyak.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Straw, Pinggan, Gelang getah, TaliIkat Tangan
8. Kembarku
Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.
Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.
Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.
Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
Peralatan: Stop watch, Wisel, Tali Ikat Kaki
9. Belon oh Belon
Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.
Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4daripadanya berada di tapak satu dan 3 peserta lagi di tapakdua.
Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan pesertapertama dari tapak satu membawa belon air kepada peserta di tapakdua.
(Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengankedua-dua kaki dan peserta tidak dibenarkan memegang belon airdengan tangan.)
Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawabelon air kepada peserta di tapak satu. Permainan dikira tamat jikapeserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak satu kesemuanyatelah berada di tapak dua dan peserta-peserta yang pada awalnyaberada di tapak dua pula telah berada di tapak satu.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Belon Berisi Air
10. Tapak Gajah
Peserta seramai 10 orang.
Berlari secara berganti-ganti
Kumpulan paling cepat tamat di kira sebagai pemenang
11. Musang Berjanggut
Peserta seramai 5 orang
Dibekalkan dengan sekeping surat khabar, 4 keping kertas A4,sekeping pinggan kertas dan seuncang kekacang.
Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang mengikutjenisnya.
Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan yangdibekalkan.
Bahan yang diberi tidak boleh bercampur setelah dihantar. Jikabercampur dikira kalah.
Kumpulan yang paling cepat dan bahannya tidak bercampur dikirasebagai pemenang.
Peralatan: Surat Khabar, Kertas A4, Pinggan Kertas dan uncangkekacang
12. Tepung Gomak
Peserta seramai 10 orang
Peserta perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula
Setiap peserta hanya boleh mengambil sebiji gula-gula padasetiap pusingan
Kumpulan terpantas yang terbanyak mendapat gula-gula dikirasebagai pemenang.
Peralatan: gula-gula, tepung, pinggan
13. Model Mumia
Peserta adalah seramai 5 orang
Setiap kumpulan perlu memilih seorang model untuk dijadikanmumia
Kumpulan akan dibekalkan dengan 4 gulung tisu. Tisu tersebutperlu digunakan sehingga
habis.
Peserta perlu membalut semua bahagian anggota model kecualimata.
Kumpulan perlu menggunakan daya kreativiti masing2 untukmenghias model. Alat bantu sendiri untuk menghias model adalah dibenarkan.
Mumia akan diadili oleh juri dan juga wakil pelajar.
Pembukaan (Permainan Berantai)
Penyertaan: 2 orang guru & 2 orang pelajar (bagi setiap rumah sukan)
Prosedur:
- Tiup belon:
Peserta 1 (guru) dikehendaki meniup belon sehingga pecah. Kemudian, mengangkat 2 beg plastik berisi belon air dan diberikan kepada peserta 2 (pelajar).
- Bom air:
Peserta 2 (pelajar) dikehendaki melontar belon berisi air kepada peserta 3 (pelajar) sehingga 3 belon air dapat disambut dengan baik (tidak pecah) dan diletakkan ke dalam baldi.
- Isi air dalam botol:
Peserta 3 (pelajar) dikehendaki memecahkan 3 belon air tersebut di dalam baldi. Kemudian, memindahkan air di dalam baldi ke dalam botol (yang telah disediakan) dengan menggunakan tangan (sehingga paras yang telah ditandakan).
- Pancing botol:
Peserta 4 (guru) berlari ke arah botol (tidak melepasi garisan yang disediakan) dan dikehendaki memancing botol dengan menggunakan joran yang disediakan (setelah peserta 3 tamat). Setelah dapat dipancing, peserta 4 akan membawa botol tersebut ke garisan penamat (dengan menggunakan joran tersebut; dilarang memegang botol).
*Pasukan yang menamatkan semua acara dahulu dikira sebagai pemenang.
Permainan Muhibbah
Penyertaan: 2 orang guru & 2 orang pelajar (bagi setiap permainan mengikut rumah sukan)
Prosedur:
- Lumba Lari Berpasangan:
Setiap pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan regu A dan regu B.
Regu A iaitu seorang guru & pelajar dikehendaki berlari (sebelah kaki diikat bersama) ke arah regu B.
Kemudian, regu A akan membuka ikatan di kaki dan mengikat kaki regu B.
Regu B akan berlari semula di tempat permulaan regu A (penamat).
Pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.
- Lumba Kaki Gajah:
Peserta pertama dikehendaki berlari menggunakan alat yang disediakan ke arah kon yang disediakan.
Kemudian, berpatah balik ke tempat permulaan dan diganti dengan peserta kedua sebaik sahaja sampai.
Langkah ‘a’ dan ‘b’ diulang sehingga peserta yang keempat.
Peserta keempat pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.
- Gula Dalam Tepung:
Peserta pertama dikehendaki berlari ke arah meja yang telah disediakan.
Kemudian, mencari dan mengambil sebiji gula-gula yang terdapat dalam pinggan yang disediakan dengan menggunakan mulut.
Selepas itu, berlari semula ke tempat permulaan (gula-gula masih lagi di mulut) dan digantikan dengan peserta kedua sebaik sahaja sampai.
Langkah ‘a’ hingga ‘c’ diulang sehingga keempat-empat peserta berjaya mendapatkan empat biji gula-gula.
- Bawa Bola Ajaib (perempuan sahaja):
Setiap pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan regu A dan regu B.
Regu A iaitu seorang guru & pelajar dikehendaki berdiri bertentangan arah dan sebiji bola diletakkan di antara kedua-dua bahagian belakang badan.
Regu akan membawa bola ke arah regu B tanpa jatuh (jika jatuh bola hendaklah diletakkan semula di tempat bola terjatuh dan permainan disambung).
Regu B akan mendapatkan bola (kedudukan seperti di ‘b’) daripada regu A tanpa menggunakan tangan.
Regu B akan membawa bola semula di tempat permulaan regu A (penamat).
Pasukan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.
- Ikut Cakap ‘Cikgu’:
Ini adalah ujian pendengaran. Sila dengar betul-betul.
Setiap pasukan dikehendaki mendengar arahan ‘Cikgu’ dan melakukan perkara yang disuruh oleh ‘Cikgu’ sahaja.
Peserta bagi setiap pasukan yang ingkar arahan ‘Cikgu’, dikehendaki keluar dari barisan.
Pasukan yang mendengar arahan dengan baik dikira sebagai pemenang.
Penutup (Kerusi Muzik):
Pemainan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu guru lelaki dan guru perempuan.
Terbuka kepada semua guru yang ingin menyertai.
Permainan akan dijalankan serentak.
Prosedur:
Permainan dimulakan apabila muzik mula dimainkan.
Peserta dikehendaki berjalan mengelilingi kerusi (yang telah disusun secara bulatan) ikut lawan arah jam.
Sebaik sahaja muzik berhenti, peserta dikehendaki duduk dengan segera. Peserta yang tidak dapat duduk di atas kerusi atau duduk di atas peserta lain dikira tersingkir.
Satu kerusi akan dikeluarkan bagi setiap pusingan.
Permainan diteruskan dengan mengulangi prosedur 2 hingga 5 sehingga tinggal seorang sahaja pemenang yang berjaya duduk di kerusi yang terakhir.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]