Analisis Ringkas UPSR 2019 Bahasa Inggeris Pemahaman
Peperiksaan kertas bahasa inggeris pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Analisis berdasarkan soal jawab dengan murid berkenaan soalan yang telah dijawab oleh mereka. Semoga murid murid semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2019
Bahasa Inggeris UPSR ditadbir pada 5 September 2019 iaitu pada hari rabu.kedua dua kertas dijawab dalam masa 1 jam 15 minit.
Analisis Ringkas UPSR 2019 Bahasa Inggeris Pemahaman lebih tertumpu kepada bahagian B.
Soalan 21, murid perlu memikirkan dialog sesuai berdasarkan gambar yang diberikan. Gambar pertama berkenaa dengan situasi seorang gadis yang ingin mengambil order makanan dari customer, gambar kedua berkenaan dengan ibu dan anak yang mencuba kasut dan didapati kasut tersebut ketat untuk anaknya, dan gambar ketiga berkenaan dengan situasi seorang anak ingin meminta keluar dari ayahnya.
Soalan 22 berkenaan dengan dialog. 3 soalan murid perlu menanda jawapan yang betul pada kotak. Soalan KBAT hanyalah murid perlu memberikan alasan kenapa murid tidak perlu membawa barangan mahal ke kem.
Soalan 23 berkenaan dengan emel yang ditulis. Soalan KBAT meminta murid memikirkan kenapa ia merupakan satu idea yang bagus untuk memberikan buku kepada adik yang kecil dan soalan seterusnya kenapa ramai orang berminat ke pesta buku.
Soalan 24 berkenaan dengan iklan untuk membuka akaun simpanan Novva Junior.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com