Analisis Ringkas UPSR 2019 Bahasa Inggeris Penulisan
Peperiksaan kertas bahasa inggeris pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Analisis berdasarkan soal jawab dengan murid berkenaan soalan yang telah dijawab oleh mereka. Semoga murid murid semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2019
Bahasa Inggeris UPSR ditadbir pada 5 September 2019 iaitu pada hari rabu.kedua dua kertas dijawab dalam masa 1 jam 15 minit.
Antara Analisis Ringkas UPSR 2019 Bahasa Inggeris Penulisan adalah pada bahagian A murid perlu mengisi tempat kosong berdasarkan pilihan berkenaan bas yang perlu digunakan.
Bahagian B pula murid perlu menjawab soalan berdasarkan diari yang diberi. Soalan seterusnya murid perlu menulis poskad berdasarkan diari tersebut untuk menceritakan dua tempat yang disukai.
Bahagian C pula mempunyai dua pilihan soalan di mana murid perlu menjawab soalan berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan. Soalan pertama cerita berdasarkan seorang murid yang pindah ke sebuah sekolah baru. Soalan kedua pula berkenaan dengan seorang murid pergi ke pasar raya membeli raket badminton dan menyertai pertandingan badminton.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com