Koleksi Modul UPSR Cuti Terancang
Cuti sekolah tiba lagi pada pertengahan tahun ini dan sudah semestinya ia adalah satu berita gembira buat para pelajar. Bagi murid yang berada di tahun peperiksaan, cuti selama 2 minggu bagi semua sekolah di Malaysia
Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak perlu ke sekolah untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan semester dan cuti semester selain cuti umum negara.
Walaupun cuti kali ini agak lama berbanding cuti awal tahun, para pelajar tidak boleh menganggap bahawa cuti sekolah bermakna buku turut bercuti. Bagi mengisi masa, anak-anak mesti digalakkan ke perpustakaan untuk membaca, membuat rujukan dan sebagainya. Ibu bapa juga mestilah membeli bahan-bahan bacaan untuk anak-anak supaya mereka dapat mengisi masa di rumah dengan kerja-kerja berfaedah.
Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Contohnya, mereka boleh menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen, membuat ulang kaji pelajaran di rumah dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru sebelum cuti tersebut. Semua aktiviti ini mampu merangsangkan minda pelajar untuk terus berfikir walaupun mereka masih bercuti untuk meninggikan prestasi pelajaran mereka kelak.
Mahupun cuti pertengahan tahun 2018 ini bersambung dengan cuti dan perayaan Aidilfitri, diharap sambutan perayaan ini tidak mengganggu fokus dan tumpuan murid murid untuk menghadapi peperiksaan pada september nanti.
Bagi mengisi ruang masa murid murid sewaktu cuti persekolahan nanti, guru boleh memberikan murid beberapa modul latihan sebagai ulangkaji dan persediaan menghadapi UPSR nanti.
Berikut merupakan contoh modul kerja rumah UPSR Cuti Terancang yang boleh dilaksanakan oleh guru.
Modul Sains UPSR Cuti Terancang
Modul Matematik UPSR Cuti Terancang
Modul Bahasa Inggeris UPSR Cuti Terancang
Modul UPSR Bahasa Melayu Cuti Terancang
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com