Minit Mesyuarat Format Baharu
Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan dinilai berdasarkan skpmg2.
Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea, memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.
Selain itu, pengurusan mesyuarat yang baik juga akan membolehkan pemantauan perkembangan sesuatu projek atau kerja yang diarahkan, sama ada telah dilaksanakan atau sebaliknya, menyediakan rekod sejarah yang sah dan tetap untuk rujukan pada masa hadapan, menyediakan rekod mengenai keputusan-keputusan dasar yang telah diputuskan, dan menjadi bukti untuk tujuan pengauditan dan mahkamah.
Minit mesyuarat yang dikongsikan ini merupakan minit mesyuarat format baharu…berikut merupakan contoh minit mesyuarat..
Berikut merupakan contoh maklum balas minit mesyuarat
Contoh minit mesyuarat dengan maklum balas boleh dapatkan di sini
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]