Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Surat siaran ini bertujuan memaklumkan Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperiuan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.
2.Keputusan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid. Hal yang demikian membolehkan guru memberi lebih fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai mumi kepada murid.
3.Sehubungan dengan itu, pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i.bercerita;
ii.projek mudah;
iii.permainan;
iv.main peranan; dan
v.kuiz
5.Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuaian.
6.Proses pembelajaran, hasil kerja murid dan amalan nilai mumi digunakan untuk menilai perkembangan pembelajaran murid. Pelaporan pembelajaran murid digunakan oleh guru dan ibu bapa untuk menambahbaik proses pembelajaran dan menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan bagi memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid dioptimumkan.
7.Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBD, maka pihak sekolah hendaklah merancang jadual waktu yang bersesuaian. Di samping itu, guru juga boleh melaksanakan pengajaran secara kolaboratif bagi memastikan PdP yang lebih menyeronokkan dan bermakna dapat direalisasikan.
Bagi mendapatkan tapak pelaporan terkini PBD..
Template Pelaporan PBD Tahap 1 KSSR Semakan Versi 3 2019
Berikut merupakan panduan dan tatacara pelaksanaan PBD dan bahan bahan penerangan berkenaan dengan pelaksanaan PBD.
Kefahaman Melalui Reka Bentuk Backward Design PBD
Berikut merupakan contoh perancangan RPH PBD menggunakan kaedah bercerita, kuiz, main peranan, permainan dan projek mudah.
Contoh perancangan rph pbd ntuk bercerita
Contoh perancangan rph pbd untuk kuiz
Contoh perancangan RPH PBD Untuk main peranan
contoh perancangan rph pbd untuk permainan
contoh perancangan rph pbd untuk projek mudah
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]