Tajuk ramalan Sains Kertas 2 UPSR 2019
Berdasarkan analisis di atas, shading berwarna hijau melambangkan tema yang keluar pada tahun 2016 manakala shading berwarna biru melambangkan tema yang keluar pada tahun 2017.
Warna merah pula melambangkan tema yang telah keluar bagi tahun 2016 dan 2017.
Mengikut ramalan kebanyakan guru, tajuk tema berwarna merah tidak akan keluar lagi pada tahun 2018 manakala tajuk tema yang shading berwarna biru dan hijau boleh diulang lagi pada tahun 2018 ini. Tema yang berwarna biru iaitu tema 2017 boleh keluar lagi bagi tahun 2018.
Apa yang boleh dikatakan, soalan dari tahun 3 pasti akan keluar memandangkan setiap tahun bermula tahun 2016 dan 2017, satu tajuk keluar dari tahun 3.
Tema yang belum ada shading lain lagi menujukkan tema tema ini kebarangkalian lebih tinggi untuk diuji pada UPSR 2018 ini. Tema bagi tahun 4 Sains Hayat, Tahun 6 Sains Hayat dan Tahun 5 Sains Fizikal belum lagi diuji pada tahun ini walaupun tema tema ini mengandungi banyak tajuk. Mungkin tajuk tajuk yang berada pada 3 tema ini akan disoal pada tahun ini.
Berikut pula tajuk ramalan Sains Kertas 2 UPSR 2019 berdasarkan analisis Sains UPSR kertas 2 2018..
Boleh rujuk pada gambar di atas. Shading kunig merupakan tajuk yang telah keluar pada tahun 2018 iaitu Manusia T3, Proses hidup manusia T4, Tahun 5 Cahaya dan Teknologi dan Tahun 6 Interaksi antara hidupan dan bahan buangan. Tulisan berwarna kuning merupakan tajuk yang keluar pada tahun 2018. 2 tajuk yang telah keluar pada tahun 2016 dan 2017 telah keluar sekali lagi pada tahun 2018. Tajuk bumi bulan dan matahari telah keluar tiga tahun berturut turut.
2 tajuk tahun 6 telah keluar berturut-turut dan masih ada 3 tajuk di tahun 6 yang belum disoal di UPSR kertas 2.
Apa yang mungkin boleh dikatakan adalah tajuk tahun 3 mungkin akan keluar pada tahun 2019 dan lebih fokus kepada 4 tajuk yang belum keluar. 2 tajuk yang telah keluar pada tahun 2016, 2017 dan 2018 mungkin akan disoal lagi pada tahun 2019 ini. Tajuk tajuk yang belum disoal pada UPSR 2016-2018 ini perlu diberi fokus lebih iaitu tajuk yang belum disoal.
Semoga panduan ini memberi panduan kepada guru meramalkan tajuk tajuk UPSR yang akan keluar.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]
Shasnita
I need to do it.