Kertas Kerja Pertandingan Beyblade dan Peraturan
Sudah jadi perkara biasa sekarang ini untuk sekolah mengadakan pertandingan beyblade melibatkan murid murid di sekolah rendah. Malah bukan sekolah sahaja yang menganjurkan pertandingan ini, pihak luar seperti persatuan belia turut sama mengadakan pertandingan beyblade ini.
Di peringkat sekolah rendah, pertandingan ini boleh dikatakan sebagai salah satu aktiviti sebagai satu pertandingan dalam satu murid satu sukan dan juga untuk salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang memandangkan ramai kanak kanak mempunyai beyblade.
Contoh kertas kerja beyblade….
OBJEKTIF
Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan Beyblade. Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang dipertandingkan. Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid. Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan yang diberikan. Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video. Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
Terbuka kepada semua murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 5 sahaja. Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa. Penyertaan secara percuma dan terhad 1 beyblade 1 peserta. Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik Peserta. Walaubagaimanapun, JK PSS akan menyediakan 10 beyblade bagi murid-murid yang tidak berkemampuan untuk menyertainya
Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan secara liga Setiap perlawanan mempunyai 3 pusingan. 2 pemenang kumpulan akan ke peringkat seterusnya dan berentap hingga ke pusingan akhir
PENGADILAN Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad. Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya: i) mengeluarkan beyblade pihak lawan daripada stadium atau bertahan paling lama atau berjaya memecahkan beyblade pihak lawan.
Berikut merupakan koleksi kertas kerja pertandingan Beyblade di peringkat sekolah
Contoh kertas kerja Pertandingan (sekolah) Beyblade
Contoh 2 Kertas kerja Beyblade di Sekolah
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]