Koleksi RPH Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
Perkongsian ini melibatkan mata pelajaran tahun 4 KSSR Semakan. Antara perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang yang bergelar guru pada setiap hari adalah pastinya menyediakan rancangan pengajaran harian. (RPH). RPH harus disediakan sebelum pdpc dilaksanakan di dalam kelas.
Untuk makluman kepada mereka yang bukan bergelar guru, rph ini perlu disediakan untuk setiap kali waktu pengajaran. Contohnya, jika pada hari itu guru tersebut masuk mengajar 4 kelas mata pelajaran, maka, guru tersebut perlu menyediakan 4 rph pada hari tersebut yang lengkap sebelum dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar.
RPH ini merupakan satu garis panduan kepada guru yang dirangka oleh guru sendiri untuk mengajar sesuatu kelas.
Dalam rph ini akan terdapat tarikh, waktu, masa, topik dan kandungan pembelajaran, aktiviti yang dirangka, bahan bantu mengajar yang digunakan dan juga refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan. Melalui tranformasi sekolah 25 juga, penerapan PAK 21 ke dalam rph juga dititikberatkan. RPH Ts25 ini pastinya sedikit lebih panjang berbanding rph yang biasa disediakan oleh rakan guru.
Ada guru yang pernah membuat lebih 1000 rph setahun ekoran mengajar kelas bagi mata pelajaran kecil seperti pendidikan kesihatan, pendidikan jasmani dan muzik. Guru ini mengajar 18 mata pelajaran berbeza setiap minggu.
Memandangkan RPH Tahun 4 KSSR Semakan ini menggunakan DSKP dan kandungan buku teks yang terkini bermula 2020, RPH yang disediakan oleh rakan ini belum lengkap setahun. Namun, dah memadai untuk digunakan di awal persekolahan.
Berikut merupakan koleksi RPH Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan. RPH ini adalah percuma kepada guru.
RPH BM Tahun 4 Unit 1 Jiran Tetangga
RPH Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria
RPH Tahun 4 Bahasa Melayu Unit 6 Pilih Gaya Hidup Sihat
RPH Tahun 4 BM Unit 7 Waspada Selalu
RPH Tahun 4 BM Unit 8 Hargai Diri
Unit 10 Semarakkan Budaya Kita
Unit 11 Indah Seni Sepanjang Zaman
Unit 12 Adat dijunjung budaya disanjung
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Alin
Terima kasih atas perkongsian laman ini yg sgt membantu. Sy mohon halalkan bahan yg diambil dr laman ini. Semoga beroleh keberkatan atas segala jasa baik admin.
Sameh Berangga
Harapan kami di luar sini admin sihat-sihat selalu.
Terima kasih di atas sumbangan yg tdk ternilai
khasnya dlm menyediakan RPH yg banyak membnatu kmi. Kami selaku guru mp BM Thn. 4 amat mengharapkan dan ternanti-nanti RPH Unit 10 dan seterusnya. Semoga admin bermurah hati membantu kmi.
dee
RPH BM THN 4 Minggu Unit 10 dan seterusnya
dee
rph unit 12 dan 13
dee
rph bm thn4 unit 12 dan seterusnya
dee
mohon admin teruskan rph utk minggu seterusnya utk dijadikan sebagai rujukan. rph byk membantu dlm pdpc saya
Didi
sampai unit 15 sahajakah admin?
As
Terima kasih banyak membantu.Allah jua membalasnya.
dee
Admin boleh beri rph bm thn 4 dari unit 16 hingga habis
ajeme
rph bm tahun 4 unit 16 dan seterusnya
Azman
Terima ksih kerana banyak membantu kami guru-
guru Thn 4. Admin boleh ke beri unit 16 hingga habis.
dee
rph bm unit 16 hingga seterusnya
Nozilinda
Mohon kongsi rph bm unit 16 hingga seterusnya…terima kasih
Zaiton Bakia
Terima kasih cikgu..murah rezeki cikgu dan family.
Atep Alwi
Terima kasih byk-byk semoga anda dimurahkan rezeki diberi kesihatan yg baik dan dipermudakan segala urusan.Mohon halalkan bhn yg diambil dr laman ini.
siha
Terima kasih dan halalkan bahan yang diambil.
HALINA NGO HELENA LAING
Terima kasih banya-banyak .Tuhan memberkati usaha murni anda
jacqlyn
Terima kasih…mohon share unit 16-27 ,Terima kasih lagi sekali
anis
terima kasih daun keladi kalau sudi share lagi
KAMARUDDIN
TERIMA KASIH SHARE RPH BM TH 4…