Minggu Persekolahan Sesi 2020
Sesi persekolahan bagi tahun 2020 sudahpun dikeluarkan oleh pihak KPM. Takwim cuti sekolah sempena perayaan juga telah dikeluarkan oleh pihak KPM bagi memudahkan urusan guru dan pentadbiran sekolah untuk merancang perjalanan aktiviti dengan baik.
Antara persediaan awal guru adalah menyediakan minggu-minggu persekolahan sepanjang tahun 2020 untuk diletakkan dalam fail rancangan pengajaran ataupun buku rancangan pengajaran. Minggu minggu persekolahan ini penting bagi guru merancang aktiviti ataupun kegiatan di sekolah sepanjang tahun 2020 nanti.
Panduan minggu persekolahan ini boleh digunakan oleh pentadbir untuk merancang segala aktiviti dan program di sekolah sama ada program di bawah unit kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Ia juga boleh digunakan oleh guru untuk merancang pengajaran dan pemudahcaraan
Berikut merupakan contoh minggu persekolahan yang terdapat dalam perkongsian kali ini.
Minggu persekolahan bagi kumpulan A melibatkan negeri Terengganu, Kelantan , Kedah dan Johor.
Berikut pula merupakan minggu persekolahan yang terdapat dalam kumpulan B.
Minggu persekolahan bagi Kumpulan B ini diguna pakai untuk negeri negeri selain 4 negeri kumpulan A iaitu negeri Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak, KL, Labuan, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.
Berikut merupakan minggu persekolahan yang boleh diedit oleh para guru untuk disesuaikan dengan keadaan dan perancangan sekolah dan sendiri. Di bawah sini minggu persekolahan sesi 2020. Sila komen jika ramai guru yang perlukan minggu persekolahan dalam bentuk microsoft word…
Minggu Persekolahan Sesi 2020 Negeri Kumpulan A
Minggu Persekolahan Sesi 2020 Negeri Kumpulan B
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]