Divider Rekod Persediaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan 2020
Bahan yang penting juga kepada guru adalah penyediaan buku ataupun fail rekod pengajaran harian atau fail rekod persediaan mengajar. Rekod ini perlu disimpan oleh pihak sekolah selama sekurang kurangnya 3 tahun.
Sekarang ini, semakin ramai guru yang memilih menggunakan fail untuk menyimpan rekod persediaan pdpc iaitu rph yang dibuat setiap hari. Guru guru muda lebih cenderung menggunakan komputer untuk menaip RPH berbanding menggunakan tulisan tangan kerana menggunakan komputer lebih mudah, senang dicetak, kemas dan lebih cepat.
Sekarang dengan perkembangan teknologi maklumat di mana terdapat JPN yang telah menggunakan sistem e-rph. Diharap pada tahun 2020, tiada lagi pentadbir yang melarang guru menggunakan fail untuk menyimpan rekod persediaan pdpc.
Bagi pentadbiran yang belum pasti, di bawah ini disediakan pekeliling berkenaan penyediaan rekod pengajaran harian. Tidak salah guru menggunakan fail memandangkan dalam pekeliling ini ada menyebut bahawa guru boleh menyediakan rekod RPH berdasarkan teknologi semasa.
Pekeliling Penyediaan Rekod Pengajaran Harian
Pada tahun 2020 akan ini, negeri Terengganu masih menggunakan e-rph yang versi terkini. Bagi pentadbiran yang membenarkan guru menggunakan fail untuk menyimpan rekod RPH, bahan yang terpenting bagi guru adalah maklumat maklumat ataupun divider pembahagi yang perlu diletakkan dalam fail rph tersebut.
Terdapat pelbagai maklumat penting yang perlu diletakkan dalam fail tersebut seperti maklumat guru, jadual waktu mengajar, catatan, falsafah pendidikan kebangsaan, standard 4 pdpc, dskp, pekeliling berkaitan dan pelbagai lagi.
Berikut merupakan contoh Koleksi Bahan Divider Fail Rekod Persediaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan 2020 yang boleh diguna pakai oleh guru. Jutaan terima kasih kepada guru yang sudi berkongsi.
Contoh Divider Rekod Persediaan PDPC 2020
Versi Jimat Ink bagi Rekod PDPC 2020
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]