Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2020
Antara bahan penting sebelum memulakan sesi persekolahan adalah buku panduan tugas guru dan staf sekolah bagi tahun 2020.
Antara kandungan buku ini adalah
Guru-guru dimestikan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran atau tugas-tugas rasmi yang lain. Pakaian berseluar pendek, baju T,
batik bukan Malaysia atau jenis Hawaii atau Filipina yang terkeluar tidak digalakkan bila-bila masa. Semua guru-guru lelaki dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika profesion keguruan. Guru-guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Sila lihat Pekeliling Ikhstisas Bil. 8/85 KP/BS/Jld. (36) bth. 9 Mei 1995.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang sesuai, seelok-eloknya berwarna putih; Baju T berkolar dan seluar track hitam / biru gelap.
Sebagai contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid, guru-guru lelaki dinasihatkan supaya menyimpan rambut yang sesuai. Mereka yang berambut panjang dikehendaki supaya memendekkannya.
Semua guru diwajibkan memakai Tanda Nama di dada sebelah kiri ketika menjalankan tugas-tugas rasmi sekolah dan di luar sekolah. Guru-guru yang belum mempunyai tanda nama diharap dapat menyediakannya sendiri.
Guru-guru lelaki dikehendaki memakai pakaian rasmi yang lengkap dan bertali leher atau memakai “bush jacket” pada tiap-tiap perhimpunan rasmi.
Sebarang bahan-bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah yang dikeluarkan mestilah juga sesuai tanpa berbau politik, sensitif atau subversif. Kebenaran dari Guru Besar hendaklah didapati terlebih dahulu sebelum risalah dikeluarkan. Satu salinan hendaklah diberike pada Guru Besar sebelum ianya diedarkan.
Begitu juga harta benda sekolah, tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa keluar dari sekolah. Jika ada keperluan, sila membuat permohonan rasmi kepada Guru Besar dan melengkapkan rekod pergerakan asset/harta sekolah
Berikut merupakan buku panduan tugas guru dan staf sekolah 2020
Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah Sesi 2020
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]