Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2020
Perkongsian ini melibatkan bahan iaitu buku pengurusan kokurikulum sekolah 2020. Pentadbir dan guru berkenaan hanya perlu memasukkan nama guru ke dalam jawatankuasa sekolah 2020. Aktiviti kokurikulum sekolah sepanjang tahun juga perlu dimasukkan berdasarkan perancangan sekolah.
Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
Menyelaras semua aktiviti, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat gelanggang dan padang. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Aktiiviti Kokurikulum.
Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
2 Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3 Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
4 Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5 Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
6 Sentiasa berbincang dengan Penyelaras Sukan dan Pemainan /Pen. Kanan Ko sekiranya menghadapi masalah.
7 Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8 Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada enyelaras Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
Berikut merupakan buku pengurusan kokurikulum sekolah 2020
Buku Pengurusan Kokurikulum Tahun 2020
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]