Januari PBD Pendidikan Muzik Tahun 2 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini merupakan koleksi PBD Januari untuk Tahun 2 KSSR Semakan bagi pelbagai mata pelajaran. Bahan dan modul ini boleh digunakan untuk pentaksiran bagi bulan Januari. Kongsikan.
PBD dapat membantu guru dalam:
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- Mengetahui keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i.bercerita;
ii.projek mudah;
iii.permainan;
iv.main peranan; dan
v.kuiz
Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuaian.
Perkongsian kali ini melibatkan modul dan bahan PBD yang boleh dilaksanakan untuk bulan Januari bagi KSSR Semakan untuk murid tahun 2 PBD Pendidikan Muzik Tahun 2
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]