Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020
Kebiasaanya, pada bulan Disember setiap tahun, minggu terakhir akan diadakan mesyuarat pertama staf sebagai persediaan awal untuk sesi persekolahan tahun 2020. Bagi sesi persekolahan 2020 ini, KPM telah meminta sekolah untuk mengadakan mesyuarat persiapan sesi 2020 selepas 26 Disember 2019.
Sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.
Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.
Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan
- Perbincangan antara pengerusi dan setiausaha
- Menentukan agenda, tarikh, masa, jemputan (ahli mesyuarat) dan tempat mesyuarat
- Membuat tempahan bilik mesyuarat
- Menentukan kertas kerja bahagian atau unit disediakan untuk perbincangan (jika ada)
- Menghantar surat panggilan mesyuarat
- Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat
- Menentukan kehadiran
- Nama mesyuarat
- Nama pengerusi mesyuarat
- Nama setiausaha mesyuarat
- Tarikh, masa mula dan masa dijangka tamat
- Bilangan pegawai yang akan menghadiri mesyuarat
- Peralatan atau kemudahan yang diperlukan di dalam bilik mesyuarat
- Jenis minuman atau jamuan ringan yang diperlukan
- 15 hari sebelum mesyuarat, urus setia hendaklah menentukan semua kertas kerja diterima
- Bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan
- Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif (sekiranya ada)
- Dihantar sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat
- Isi kandungan surat yang perlu ada adalah:
- Nama mesyuarat
- Tarikh mesyuarat
- Masa mesyuarat
- Tempat mesyuarat
- Nama pengerusi
- Agenda mesyuarat
- Overhead projector atau LCD (jika perlu)
- Jam dinding yang tepat berfungsi
- Gambar-gambar tersusun rapi
- Tempat duduk yang mencukupi dan tanda nama
- Papan putih yang bersih beserta marker dan pemadam
- Peralatan minuman tersedia
- Alat pembesar suara disediakan
- Meja mesyuarat beralas kain
- Kertas dan pensil disediakan
- Senarai kehadiran ditentukan sehari sebelum mesyuarat
- Ahli-ahli mesyuarat boleh dihubungi melalui surat, memo, emel dan telefon
- Catatkan perkara-perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat
- Kemaskini senarai kehadiran
- Catat keputusan yang dibuat
- Tindakan susulan yang perlu diambil oleh pegawai atau unit
Berikut merupakan contoh memo atau surat panggilan mesyuarat staf kali pertama 2020 sebagai rujukan dan contoh kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]