Panduan Bina Jadual 2020 Menggunakan ASC Timetable
Berikut merupakan perkongsian daripada rakan guru yang membina Jadual Waktu 2020 menggunakan perisian ASC Timetable. Sudah menjadi rutin, setiap kali hujung tahun, pastinya guru yang terlibat dengan membina jadual waktu akan menyediakan jadual waktu 2020 sebelum bermulanya sesi mesyuarat persediaan awal tahun 2020.
Jadual waktu memang perlu dibina dan disiapkan pada disember kerana perlu menunggu pergerakan guru yang terkini sama ada, terdapat guru yang baru memasuki sekolah, guru yang berpindah ataupun guru yang bersara. Jadi, nak tak nak, perlu tunggu keadaan bilangan guru berdasarkan opsyen.
Berikut merupakan tips ringkas daripada rakan guru. Kalau nak lebih detail, boleh request..nanti pihak kami request dari guru tersebut….
Pada tahun 2020, pendidikan kesenian digantikan dengan pendidikan muzik dan pendidikan seni visual. Perincian boleh dirujuk pada gambar di bawah
Kebiasaannya, jadual waktu 2020 ini diedit daripada fail perubahan terakhir yang dibuat pada tahun 2019. Kita cuma perlu edit tahun dulu daripada 2019 kepada 2020…itu yang pertama…
Selepas itu, kita perlu cek perubahan waktu sama ada waktu pulang berubah atau tidak..adakah berlaku pertambahan masa dan waktu dalam seminggu..itu semua perlu cek. kalau masih seperti tahun 2019, boleh proceed trus…
Untuk assign mata pelajaran mengajar dengan guru, biasanya paling mudah edit dekat kelas…tapi sebelum tu, kita perlu ada senarai daripada pk kurikulum dan ketua panitia untuk senarai waktu guru yang mengajar…kalau dah ada senarai penuh ni lagi senang, kalau tak ade senarai penuh ni, boleh mula dengan mata pelajaran teras dahulu..
Untuk assign mata pelajaran, kita mula dulu dengan guru besar/pengetua, penolong kanan, dan guru guru kanan dahulu, barulah guru-guru biasa. Tapi, kebiasaanya mula dengan pentadbir termasuk Pk, kemudian subjek teras….
Gambarajah di atas time off untuk pentadbir. Di sekolah, pentadbir dah pesan awal-awal yang pentadbir tak nak kelas 2 masa awal dan 3-4 masa akhir setiap hari. Jadi guru jadual waktu kena klik not available untuk masa berkenaan.
Gambar rajah di atas pula time off untuk kelas. Ahad pagi x boleh ada masa sebab perhimpunan pagi mingguan. Setiap hari dah off yang tidak boleh masa ke 12 setiap hari dan masa ke sebelah hari selasa hingga khamis untuk murid pulang ke rumah. Guru jadual kena klik setiap kelas dan tahun. Tahap 1 dan tahap 2 berbeza. kalau ada yang buat kokurikulum pagi, boleh time off pagi selasa atau pagi rabu 2 masa.
In sha Allah tips akan dikongsi lagi di masa akan datang….
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]