Templat Pelaporan PBD Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM
Perkongsian kali ini melibatkan templat pelaporan KSSM Tingkatan 4 iaitu Templat Pelaporan PBD Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM. Kongsikan kepada rakan guru mengajar mata pelajaran ini.
KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada sesi persekolahan tahun hadapan, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun 2016. Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga berasaskan enam tunjang utama.
Terdapat 6 tahap penguasaan dalam pelaporan ini yang akan menentukan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Antara 6 tahap penguasaan tersebut adalah seperti Tahap 1 di mana Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahap 3 memberi tanggapan umum di mana murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 4 pula murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Tahap 5 adalah Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik sert a tekal dan bersikap positif manakala tahap 6 murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Setiap mata pelajaran di KSSM mempunyai tapak pelaporan tersendiri bagi membantu guru merekod pencapaian murid atau pelajar dalam penguasaan pembelajaran sepanjang tahun. Guru perlu memastikan setiap murid dan pelajar ditaksir dengan betul berdasarkan tahap penguasaan masing masing.
Berikut merupakan Pelaporan PBD Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM
Terima kasih. Semoga bermanfaat
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]