Lembaran Kerja Matematik Membilang 1-5 Set 2
Perkongsian kali ini adalah melibatkan koleksi lembaran kerja matematik untuk anak anak di prasekolah untuk menguasai kemahiran asas matematik iaitu membilang nombor sehingga 20. Lembaran ini adalah Lembaran Kerja Matematik Membilang 1-5 Set 2
Bahan dan tips dikongsikan oleh rakan guru di Prasekolah menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau sendiri mendidik anak murid dan anak beliau sendiri dalam menguasai asas matematik
Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep “semua” atau “tiada langsung” (“all-or-nothing”) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.
Untuk menguasai matematik di prasekolah, ada beberapa proses yang perlu dilaksanakan oleh guru atau ibubapa. Yang pertama sekali, murid perlu belajar membilang nombor atau objek sehingga 20. Dan perkara ini perlu dilakukan step by step. iaitu, yang pertama membilang dari 1 hingga 5 ataupun sebelah tapak tangan (5 jari). Setelah menguasai membilang 1-5, majukan anak atau murid membilang dari 1 hingga 10 (dua belah tapak tangan 10 jari). Pelbagai jenis latihan seperti mengenal bilangan, suaikan, warna, cut and paste, dan pelbagai lagi sehingga murid boleh membilang dengan turutan dan menulis dengan betul. Selepas itu barulah diikuti dengan membilang dari 1 hingga 20. Kalau dah menguasai membilang 1-20 barulah boleh diikuti dengan kemahiran operasi tambah. Kemahiran membilang ini biasanya dikuasai ketika anak anak di peringkat 4 dan 5 tahun.
Berikut merupakan Lembaran Kerja Matematik Membilang 1-5 Set 2
Worksheet Count Membilang 1-5 Set 2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]