Buku teks Reka Bentuk Teknologi Tahun 4 KSSR semakan
Perkongsian ini melibatkan buku teks digital tahun 4 KSSR Semakan iaitu Buku teks Reka Bentuk Teknologi Tahun 4 KSSR semakan
Buku teks merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam pembelajaran. Buku teks memang merupakan bahan ajar sekaligus sumber belajar bagi siswa yang konvensional.
Namun meskipun konvensional dan sudah dipergunakan cukup lama dan banyak yang menganggap tradisional, buku teks pelajaran masih cukup mampu memberikan kontribusi yang baik pada pembelajaran. Beberapa materi pembelajaran tidak dapat diajarkan tanpa bantuan buku teks pelajaran.
Cambridge International Dictionary of English memberi menjelaskan “A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.” Dent (1955) pula menjelaskan bahawa buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain.
Menurut Dr. Mohd Puad (2009) dalam kenyataan akhbar beliau, buku teks sekolah disediakan dengan menggunakan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara bagi membentuk keupayaan individu secara holistik dan berintegrasi.
Gopinathan (1983) pula memberi definisi buku teks sebagai alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini.
Kelebihan buku teks berbanding dengan buku rujukan tambahan, suplemen dan buku kerja ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira semua kehendak domain pendidikan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor.
Isi kandungan dan persembahan buku teks juga disesuaikan dengan aras pencapaian murid, serta peruntukan masa aktiviti bilik darjah. Pendek kata, fungsi buku teks tidak boleh diambil alih oleh buku rujukan, modul atau e-buku teks yang telah diubahsuaikan.
Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dalam pembelajaran di peringkat sekolah, buku teks merupakan bahan sumber rujukan utama kerana ia dibuat berdasarkan kurikulum atau dokumen kurikulum yang telah digubal oleh kementerian pendidikan malaysia.
Berikut merupakan Buku teks Reka Bentuk Teknologi Tahun 4 KSSR semakan
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]