Lembaran Kerja Asas Tolak Bergambar Nombor
Perkongsian kali ini adalah melibatkan koleksi lembaran kerja matematik untuk anak anak di prasekolah untuk menguasai kemahiran asas matematik iaitu Lembaran Kerja Asas Tolak Bergambar Nombor
Bahan dan tips dikongsikan oleh rakan guru di Prasekolah menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau sendiri mendidik anak murid dan anak beliau sendiri dalam menguasai asas matematik
Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep “semua” atau “tiada langsung” (“all-or-nothing”) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.
Setelah menguasai asas tambah, murid akan mempelajari kemahiran asas matematik iaitu menggunakan operasi tolak. Operasi tolak boleh dipelajari dengan menggunakan gambar objek dan dipotong setiap objek berdasarkan jumlah ditolak. Itu adalah latihan asas untuk mula mula mempelajari tolak dan yang paling mudah dijawab oleh murid murid.
Berikut merupakan lembaran kerja asas matematik tolak
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]