Lembaran Tambah 1-20 Prasekolah Set 3
Perkongsian kali ini adalah melibatkan koleksi lembaran kerja matematik untuk anak anak di prasekolah untuk menguasai kemahiran asas matematik iaitu Lembaran Tambah 1-20 Prasekolah Set 3
Bahan dan tips dikongsikan oleh rakan guru di Prasekolah menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau sendiri mendidik anak murid dan anak beliau sendiri dalam menguasai asas matematik
Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep “semua” atau “tiada langsung” (“all-or-nothing”) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.
Untuk menguasai matematik di prasekolah, selepas menguasai kemahiran membilang, murid akan mempelajari kemahiran asas matematik iaitu menggunakan operasi tambah. Untuk operasi tambah ini juga, bermula dengan latihan tambah 1-5, kemudian 1-10 dan seterusnya 1-20.
Setiap latihan perlu pelbagai seperti melukis bilangan, menggunakan jari dan pelbagai lagi. Untuk operasi 1-20, sebagai contoh 7 + 5, kita boleh ajar murid untuk menyebut 7 di mulut dan gunakan 5 jari untuk membuat bilangan dengan 7 (di mulut), 8,9,10,11,12 ini di jari. In Sha Allah anak murid akan menguasai kemahiran ini dengan latihan yang kerap. Jika belum dapat menggunakan teknik di atas, boleh minta murid lukis 7 bulatan dan 5 bulatan dan mengira jumlah bulatan. Boleh juga menggunakan benda maujud seperti butang baju.
Perlu diingatkan lain guru, lain caranya. Murid perlu menguasai membilang sehingga 20 kerana kemahiran ini akan digunakan untuk operasi tambah menggunakan bentuk lazim.
Berikut merupakan Lembaran Tambah 1-20 Prasekolah Set 3
worksheet tambah prasekolah 1-20
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]