Set 4 Soalan Online Pemerhatian dan Inferens UPSR
Perkongsian kali ini adalah melibatkan mata pelajaran Sains Rendah iaitu Set 4 Soalan Online Pemerhatian dan Inferens UPSR
Bahan disediakan oleh rakan guru yang telah mengajar UPSR Sains selama 7 tahun.
Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.
Inferens terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Inferens bebas/tidak terkawal – Sebarang Penerangan/Sebab/Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.
Contoh 1
Carta palang dibawah menunjukkan keputusan penyiasatan tentang daya yang diperlukan untuk menolak kotak yang berlainan jisim di atas lantai dengan jarak yang sama.
Pemerhatian : Jumlah daya yang diperlukan semakin bertambah.
Inferens : Jumlah daya yang diperlukan semakin bertambah kerana jisim kotak bertambah.
Contoh 2 – Rajah dibawah menunjukkan bayang-bayang terbentuk dibawah matahari
Pemerhatian : Panjang bayang-bayang pada waktu 12 tengahari adalah paling pendek berbanding waktu lain.
Inferens : Panjang bayang-bayang pada waktu 12 tengahari adalah paling pendek berbanding waktu lain kerana kedudukan Matahari berada tegak diatas kayu itu.
Berikut merupakan Set 4 Soalan Online Pemerhatian dan Inferens UPSR
Soalan Pemerhatian dan Inferens Sains UPSR Set 4
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]