Template Pelaporan PBD Tahap 1 dan Tahun 4 KSSR Semakan 2020
Perkongsian kali ini melibatkan tapak template pelaporan PBD Tahap 1 dan Tahun 4 KSSR Semakan bagi mata pelajaran Sekolah Kebangsaan dan juga tapak pelaporan bagi mata pelajaran sekolah jenis kebangsaan.
Terdapat 6 tahap penguasaan dalam pelaporan ini yang akan menentukan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Antara 6 tahap penguasaan tersebut adalah seperti Tahap 1 di mana Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahap 3 memberi tanggapan umum di mana murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 4 pula murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
Tahap 5 adalah Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif manakala tahap 6 murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Bermula 2020, tahap 1 dari tahun 1 hingga tahun 3 menggunakan pelaporan bilik darjah berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah KSSR semakan bermula 2017 versi yang terkini adalah versi 3. Tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahap 1 bermula 2019 kerana akan menggunakan pentaksiran bilik darjah sepenuhnya.
Bagi tahap 2, murid tahun 4 akan menggunakan template pelaporan PBD yang mengandungi SK dan SJK bermula tahun 2020. Namun, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun masih diteruskan di tahap 2 KSSR dan KSSR Semakan.
Template yang dikongsikan ini menggabungkan semua mata pelajaran yang dipelajari pada tahun tersebut. Kongsikan kepada rakan guru.
Berikut merupakan tapak template PBD Tahap 1 dan Tahun 4 KSSR Semakan SK dan SJK
PBD Tahun 1 versi 3 kssr semakan
Template PBT Tahun 2 kssr semakan versi 3 2019
Template PBD Tahun 3 KSSR Semakan Versi 3
Template Pelaporan PBD Tahun 4 SK KSSR Semakan
Bagi template berdasarkan mata pelajaran, boleh rujuk di bawah
Lengkap Pelaporan PBD Tahun 1 KSSR Semakan 2017 Semua Subjek Pentaksiran Bilik Darjah
Lengkap Pelaporan PBD Tahun 2 KSSR Semakan 2017 Semua Subjek
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]