Google Form Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini adalah Pdpc online Google Form Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan Seperti sedia maklum, semua guru perlu hadir bertugas ke sekolah bermula 24 Jun 2020 mengikut pemberitahuan yang diedarkan kepada rakan guru.
PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan PdP di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti PdP di rumah. Antara perkongsian garis panduan terkini adalah
6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan PdP:
mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP; menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut dilibatkan;
melakukan semakan Rancangan PengajaranTahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP; melaksanakan pemantauan PdP; dan memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan.
Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:
mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat; menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut;
mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian; memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet;
melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian; menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikutjadual yang ditetapkan;
Berikut merupakan google form bagi Google Form Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
🚹Koleksi kuiz Tatabahasa –
🚹Jom Study Bahasa Melayu Tahap 2 –
✴️Unit 11 Indah seni sepanjang zaman –
✴️Unit 12 Adat Dijunjung Budaya Disanjung –
✴️Unit 13 Jadikan Inspirasi –
✴️Unit 14 Demi Tanah Airku –
✴️Unit 15 Aku ana Watan –
✴️Unit 16 Kehebatan Sains –
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]