Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 KSSM
Perkongsian kali ini melibatkan buku teks digital sekolah menengah iaitu Tingkatan 2 KSSM untuk mata pelajaran Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 KSSM
Buku teks merupakan bahan rujukan terpenting kepada guru selain DSKP yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Antara kepentingan buku teks adalah
PERTAMA : Adalah sebagai bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam pnp.. KEDUA : Bahan atau sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.
KETIGA : Sumber maklumat yang seragam.Memudahkan guru mengajar kerana semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama. KEEMPAT : Mempunyai gambar, graf, peta, dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.
KELIMA : Mempunyai bahan-bahan pengajaran seperti latihan dan soalan yang meringankan beban guru dalam penyediaan bahan pnp. KEENAM : Soalan-soalan peperiksaan dibuat berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulangkaji semua isi pelajaran dalam buku teks.
KETUJUH : Dibuat berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang mengehadkan tahap penguasaan pelajar mengikut darjah. KELAPAN : Tidak membebankan ibubapa untuk membeli buku teks kerana diberi percuma oleh kerajaan.
Pelaksanaan penggunaan buku teks digital atau elektronik pula mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan adalah seperti menjimatkan perbelanjaan, lebih mudah disimpan dan dibawah ke mana.
Buku teks digital ini pula merupakan buku yang hidup kerana mengandungi pelbagai interaktif dan pautan yang membawa pembaca ke laman yang mengandungi media media interaktif yang berkait dengan pelajaran. Kehadiran buku teks digital ini memudahkan guru dan pelajar mengulangkaji topik pelajaran semasa cuti. Jangan jadikan alasan untuk tidak mengulangkaji di rumah.
Berikut merupakan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 KSSM
Buku Teks Bhsa Melayu Tngkatan 2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]