Impak pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Banyak pertubuhan pendidikan dan kebudayaan telah melibatkan diri dalamgerakan menentang pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2002 atas sebabpelaksanaannya tidak memenuhi prinsip asas pendidikan bahasa.Pelaksanaannya bertentangan dengan kajian UNESCO pada tahun 1997 yangmenyatakan bahasa ibunda adalah bahasa pengantar yang paling berkesan bagikanak-kanak kerana mereka mudah memahami pengajaran jika disampaikandalam bahasa ibunda yang mereka fasih (The Sun 19-20.11.2005).
PengerusiDong Zong (Persekutuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina seMalaysia), YapSin Tien, juga mengharapkan kerajaan dapat memahami kesan buruk yangdibawa pelaksanaan PPSMI dan membenarkan semua pihak menggunakan bahasa ibunda untuk mengajar kedua-dua subjek itu supaya bahasa ibunda itumenjadi lebih bernilai dan dapat diperkembangkan (The Malaysia Insider27.9.2008).Pada 26 Mac 2005, dalam Konvensyen Pendidikan Orang Melayu II, satu usul meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan PPSMI telah diluluskanatas sebab pelaksanaannya bukan sahaja akan menyebabkan lebih 50 ribu pelajarMalayu tercicir dari persekolahan, lantaran tidak dapat mengikut subjek Sainsdan Matematik dalam bahasa Inggeris, malah akan mempengaruhi kedudukanbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Laman Web Maklumat danPendidikan Dong Jiao Zong 30.9.2008) Dalam Peperiksaan Penilaian MenengahRendah (PMR) tahun 2005, 46.2% daripada pelajar menjawab kedua-dua subjekitu dalam bahasa Melayu, 29.7% menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris untuk kertas-kertas tersebut; pada tahun 2006, hanya satu perempat daripadapelajar menjawab subjek-subjek itu dalam bahasa Inggeris. Selanjutnya, dalamPeperiksaan UPSR tahun 2008, hanya ada 31.1% pelajar boleh menjawab kertasSains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (Sin Chew Daily 14.11.2008).Ternyata bahawa walaupun pelajar telah menggunakan bahasa Inggeris untukmempelajari Sains dan Matematik, namun data yang dikumpul itu menunjukkanmereka tidak dapat menguasai bahasa Inggeris untuk menjawab kertas soalanSains dan Matematik.
Kajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dijalankan Isahak Haron menunjukkan keputusan pencapaian yang dicapai pelajar amat rendahdalam kedua-dua subjek itu. Setelah lima tahun pelaksanaannya, ramai pelajarberpendapat mereka masih sukar menggunakan bahasa Inggeris untuk mengikutipengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Pada tahun 2007, IsahakHaron telah membuat kajian ke atas 3,000 orang pelajar tahun 5 dan 2,800orang pelajar tingkatan 2 dan mendapati hampir 60% pelajar Melayu tahun 5tidak memahami pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, manakala 87%daripada pelajar Melayu itu merasa sukar menggunakan bahasa Inggeris untukmempelajari Sains dan guru juga bermasalah menggunakan bahasa Inggerisuntuk mengajar subjek-subjek itu (The Malaysia Insider 27.9.2008 ). SelanjutnyaZainal Keling berkata: “Seramai 146,000 orang atau 30% daripada pelajarmendapat markah D atau E dalam peperiksaan awam pada tahun 2007 itu jelasmenggambarkan pelajar itu masih tidak dapat menguasai pengetahuan asas Sainsdan Matematik dalam bahasa Inggeris” (Berita Harian 14.9.2008).
Antara kelebihan pelaksaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris atau dulunya ppsmi adalah
Melalui PPSMI pelajar akan menjadi lebih bersedia untuk masa akan hadapan kelak.Ini kerana mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan juga alam pekerjaan.Pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini.
Selain itu juga,PPSMI bertujuan mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan bahasa inggeris pada era globalisasi kini.ini sekali gus akan menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dlam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna pakai untuk pembelajaran kini.Dengan adanya PPSMI,pelajar dapat mempelajari matematik,sains dan bahasa inggris pada tahap yang lebih tinggi.
Melalui PPSMI juga,Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga tiga matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi.PPSmi juga memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui adanya bahasa inggeris.Bagi mereka yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris,prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris.
PPSMI juga dapat melahirkan para pekerja yang berwibawa pada masa akan dating kerana adanya penetahuan yang mereka miliki tinggi setanding dengan pekerja luar Negara.Oleh itu kita jangan mudah pandang remeh hal ini.Ini kerana PPSMi juga mempunyai kebaikan biarpun ramai yang menyangka ia mendatangkan keburukan.
Antara kelemahan pelaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris atau dulunya ppsmi adalah
Mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.
Antara kelemahan PPSMI ialah : menjalankan dasar PPSMI tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar kerana masalah yang sebenarnya berkaitan dengan Bahasa Inggeris itu sendiri, masalah yang wujud ialah kaedah pengajaran yang tidak baik dan jelas serta ketidaksesuaian sukatan pelajar sewaktu Bahasa Malaysia dalam Sains dan Matematik ditukar kepada Bahasa Inggeris.
Kedua, risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali. Hal ini membawa maksud guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris dan dikhuatiri timbul keadaan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’. Penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tidak meningkat dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebab masalah bahasa.
Ketiga, PPSMI dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan ‘lulus jarum luluslah keindahan’. Pada masa kelak,kepakaran dalam bidang tertentu kemungkinan akan diputuskan sewaktu penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengan Sains dan Matematik, seperti Ekonomi, Perdagangan, Geografi, Akaun dan lain-lain.
Tambahan pula, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian “Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah” mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003.
Dalam kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham atau kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar ataun agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini.
Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajian-kajian ini cuba memperlihatkan bahawa objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar.
Melalui kajian ini, disyorkan Kerajaan mengkaji semula dasar PPSMI ini dan mengguna semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains sekolah rendah dan menengah, kerana guru dan pelajar sudah pun mahir untuk belajar dalam bahasa kebangsaan. Ia akan mengukuh pembelajaran asas Matematik dan Sains di peringkat awal lagi.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]