Permohonan Egtukar 2020 Dibuka Mulai 17 Februari
Permohonan Egtukar 2020 dibuka mulai 17 Februari hingga 17 mac 2020 bagi Jun 2020 dan Januari 2021. Guru perlu mengemaskini maklumat dalam eoperasi sebelum 16 Februari 2020. Kongsikan kepada rakan guru berminat
Aplikasi egtukar guru merupakan aplikasi sistem yang sering ditunggu oleh guru yang ingin bertukar. Boleh dikatakan beribu permohonan diisi oleh guru di seluruh Malaysia untuk berpindah sama ada berpindah antara negeri, antara daerah atau dalam daerah. Permohonan ini pula biasa dibuat atas sebab sebab tertentu.
Antara persoalan biasa untuk egtukar adalah
SAYA INGIN MEMBUAT PENANGGUHAN MULA BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU, SIAPAKAH YANG PERLU SAYA RUJUK?
Guru yang ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu. Pengetua/Guru Besar sekolah baharu boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.
SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN PERTUKARAN SELEPAS TARIKH TUTUP PERTUKARAN ATAS ALASAN ARAHAN PERKHIDMATAN PASANGAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara manual yang terdapat di Modul eG-Tukar dan mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar. Seterusnya, menghantar borang permohonan tersebut ke JPN untuk tindakan kunci masuk.
Berikut merupakan pautan untuk mengisi egtukar bagi tahun 2020
Rujuk gambar di bawah
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]