SOP Pencegahan Covid-19 di Sekolah KPM
Perk0ngsian merupakan surat SOP Pencegahan Penularan Covid-19 di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Langkah ini diambil oleh KPM untuk membantu pengurusan sekolah mengambil langkah langkah mengawal penularan penyakit covid-19.
Antara langkah mengawal penularan jangkitan covid-19 adalah
Murid dinasihati tidak mengikuti sebarang program yang akan dianjurkan di negara terjejas dengan covid-19 dan dikategorikan berisiko tinggi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Murid yang baru pulang dari negara berisiko tinggi yang diisytiharkan oleh KKM perlu diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan selama 14 hari dari tarikh berlepas. Tindakan sekolah perlu mengenalpasti murid terlibat, memaklumkan kepada mereka hadir ke hospital jika menunjukkan simptom, hadir ke sekolah selepas 14 hari atau disahkan sihat oleh KKM.
Jika terdapat warga sekolah positif, pihak sekolah perlu melaporkan kepada JKN/PKD untuk tindakan kawalan pencegahan wabak secara serta merta dan mematuhi nasihan JKN/PKD.
Mendapatkan kerjasama JKN/PKD untuk menjalankan saringan suhu di pintu masuk sekolah bagi mana mana sekolah yang melaporkan kejadian jangkitan atau ketidakhadiran dalam warga sekolah yang tinggi.
Pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah boleh diadakan dengan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dan pihak sekolah boleh membuat pertimbangan sewajarnya sekiranya perlu untuk menunda atau membatalkan aktiviti tersebut.
Berikut merupakan surat maklumat berkenaan pencegahan Covid-19 di sekolah
SOP Pencegahan Jangkitan Penyakit COVID-19 di Sekolah KPM
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Hemarubini
Na ready and doing