Format Bahasa Iban SPM KSSM bermula 2021
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan Format Bahasa Iban SPM KSSM bermula 2021 menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran.
Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Antara contoh dan bentuk soalan adalah
Bacha genteran teks di baruh tu enggau silik. Udah nya, gaga ayat ngena leka jaku bechelak tebal ba teks nya dikena ngayanka nuan nemu reti leka jaku nya. Nuan enda tau ngubah leka jaku nya sereta ngena leka jaku nya nyadi leka jaku nama tetap tauka jaku sempama.
Kami duai Indai Igat amat tak abis ati maya ke nerima berita Igat kami ke baru lima taun kena penyakit jari, kaki enggau nyawa. Udah mega pendiau kami jauh ba menua ulu, endang enda nemu ulu ili. Keterubah iya dikumbai kami duai iya renga sereta kena tampuk buah. Semadi udah ninga jaku lalau sida ari radio, nya baru kami nganjung Igat berubat ke hospital. Maya ke dipadahka doktor pasal penyakit tu, kami duai balat tekenyit.
Berikut merupakan Format Bahasa Iban SPM KSSM bermula 2021
Panduan Format SPM KSSM Bermula 2021 bagi B Iban
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]