Format Pendidikan Seni Visual SPM KSSM bermula 2021
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan Format Pendidikan Seni Visual SPM KSSM bermula 2021 menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran.
Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Antara contoh dan bentuk soalan adalah
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk penghadang ruang yang menggunakan kraf batik dan bertemakan lanskap. Penghadang ruang tersebut mestilah hasilan batik dan ilustrasinya boleh melegakan ketegangan pesakit sementara menunggu masa untuk rawatan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk penghadang ruang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan
Saiz minimum Teknik
: Kayu atau bahan yang bersesuaian (Bingkai) Kain yang bersesuaian
: 150 cm × 60 cm : Batik lukis
Berikut merupakan Format Pendidikan Seni Visual SPM KSSM bermula 2021
Buku Format Panduan SPM KSSM PSV Bermula 2021
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]