Format Sains SPM KSSM bermula 2021
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan Format Sains SPM KSSM bermula 2021 menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran.
Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Antara contoh dan bentuk soalan adalah
A colourless solution spilled on the hand of a student. He felt cold on the area and the liquid instantly dried.
Sejenis cecair tak berwarna telah tumpah ke atas tangan seorang pelajar. Dia berasa sejuk pada kawasan tumpahan dan cecair itu kering dengan cepat.
Radioactive radiation is used in food technology to increase shelf life of food. Why the gamma ray is suitable to be used in food processing?
Give reasons to support your opinion. [4 marks] Sinaran radioaktif digunakan dalam teknologi pemprosesan makanan untuk meningkatkan jangka hayat makanan.
Mengapakah sinar gama sesuai digunakan dalam pemprosesan makanan? Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda.
Berikut merupakan Format Sains SPM KSSM bermula 2021
Panduan Format SPM KSSM Bermula 2021 bagi Matematik
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]