Divider RPH Cuti Perintah Kawalan Pergerakan 2020
Bermula 18 Mac, Kerajaan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020. Harus faham yang perintah ini bukan perintah berkurung.
Sepanjang tempoh ini, para guru boleh membuat kerja di rumah dan sebagai penjawat awam perlu akur dengan arahan kerajaan dan kementerian Pendidikan Malaysia.
Adakah semua premis KPM ditutup?
Ya. Semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain- lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta Institut Pendidikan Guru ditutup sepenuhnya dalam tempoh tersebut. Namun begitu, kemudahan asrama disediakan seperti biasa kepada semua pelajar KM dan IPG yang masih tinggal di asrama. Semua bahagian dan agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga ditutup.
Dalam tempoh ini, KPM menggalakkan guru melaksanakan kerja di rumah dan murid boleh mengulangkaji pelajaran sepanjang tempoh perintah ini sama ada atas talian ataupun melalui buku teks dan buku aktiviti.
Guru juga perlu menyediakan rph sempena tempoh ini dilaksanakan dan memadai menulis rph dengan nota Cuti Perintah Kawalan Pergerakah.
Berikut merupakan divider pembahagi RPH cuti perintah kawalan pergerakan. Kongsikan
Divider dalam bentuk PDF
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]