Format Bahasa Semai SPM KSSM bermula 2021
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan Format Bahasa Semai SPM KSSM bermula 2021 menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran.
Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Antara contoh dan bentuk soalan adalah
Tules nanek ayat nujap nekate ku kerop ha ternyol bahawe engkek paham an ceti ipenegunak. Engkek tok buleh tamah neimbuh, tukar neimbuh atao gunak nekate ajeh sebegei peribahase atao muh has.
kerjaksamak
Kateh teks ku kerop, mong senalah neije. Kenalpasti ru senarei senalah serte pebetol senalah ajeh.
Sempak bikenal sebegei rajak pelek atao muh saintifk Durio Zibethinus Murr. Sempak berupe pelek tropika bemusem depopuler ru senalo bigemar mai jengoi. Kening jehuk besaez entoi ru jangke hayat antare 80 lei 150 tahut. Kening sempak de sui jubenih buleh kicapey lasik lei 45 meter. Pelek sempak kayak ru kaborhidrat, protein ru lemak. Isik sempak jugak buleh biuibubur sempak, dodol ru asap sempak.
Tukar ayat ku kerop nu ayat sahreh tanpe ubah ceti asal. Bah Demit kibacak bob ku perpustakaan sekulah.
Berikut merupakan Format Bahasa Semai SPM KSSM bermula 2021
Panduan Format SPM KSSM Bermula 2021 bagi B Semai
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]