Kuiz Online Sains Proses Hidup Manusia Tahun 4 KSSR
Perkongsian kali ini adalah melibatkan mata pelajaran UPSR iaitu Kuiz Online Sains Proses Hidup Manusia Tahun 4 KSSR
Kuiz ini memerlukan anda meletakkan emel anda. Sebolehnya emel guru supaya salinan dan markah/skor dapat dihantar ke guru.
Bagi yang mempunyai akses internet terhad, guru boleh meminta murid melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulangkaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah dan memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran.
Pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM ialah MOE-DL dan boleh diakses melalui http://moe-dl.edu.my. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan pdp, buku teks digital, video pdp dan pautan aplikasi yang membantu pdp seperti Edpuzzle, Quizizz dan Kahoot.
Bernafas merupakan satu proses hidup manusia. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam masa satu minit. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada badan.
Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia. Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan. Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan dengan menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung, telinga dan kulit. Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk
mengesan perubahan dan mengelakkan diri daripada bahaya, kecederaan dan sebagainya.
Berikut merupakan pautan Kuiz Online Sains Proses Hidup Manusia Tahun 4 KSSR
(online) Kuiz Proses Hidup manusia Tahun 4
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]