Panduan social distancing di rumah, tempat kerja dan sekolah
Social distancing atau penjarakkan sosial merupakan salah satu cara untuk menghentikan dan memperlahankan penyebaran penyakit berjangkit seperti covid-19 ini. Ini bermaksud, kurangkan sentuhan antara kita dengan orang lain.
Social distancing ini penting kepada covid-18 ini paling dipercayai merebak daripada individu kepada individu yang lain melalui:
sentuhan langsung dengan mereka yang telah dijangkiti ataupun 24 jam sebelum simptom kelihatan.
Sentuhan ataupun berada rapat dengan individu yang disahkan positif covid-19 yang batuk atau bersin
Menyentuh objek atau permukaan yang mengandungi virus daripada individu yang batuk atau bersin kemudian menyentuh mulut dan muka.
Berikut merupakan panduan social distancing di rumah
- batuk dan bersin dengan cara yang betul
- elakkan bersalam dan ciuman
- selalu membersihkan permukaan yang selalui disentuhi dengan pencuci pembasmi kuman/virus
- Tingkatkan pengudaraan di rumah
- Kurangkan ke kedai dan beli barangan online
- Hanya keluar jika sangat perlu sahaja
Jika terdapat individu yang sakit di rumah
- Individu yang sakit berada di bilik berasingan
- Pastikan penjaga individu tersebut hanya seorang.
- Pintuk bilik tersebut ditutup dan tingkap dibuka
- Individu yang menjaga individu yang sakit perlu memakai topeng muka.
- Lindungi mereka yang berumur 60 tahun ke atas terutama dengan penyakit kronik untuk berada di tempat lain
Berikut panduan sosial distancing di tempat kerja
- Berada di rumah jika sakit
- Hentikan bersalaman
- Bermesyuarat melalu video conference ataupun panggilan telefom
- Jauhi perjumpan yang ramai.
- Mesyuarat yang sangat penting diadakan di ruang terbuka
- Menyediakan hand sanitisers untuk semua pekerja
- Lunch di meja kerja sendiri
- Bersihkan dan cuci permukaan utama di tempat kerja
- Meningkatkan pengudaraan luar di tempat kerja
- Hadkan perkongsian makanan.
Panduan berikut adalah social distancing di sekolah
- Jangan hantar anak ke sekolah jika sakit
- Sanitise tangan ketika memasuki sekolah dan dalam tempoh yang kerap.
- Batal aktiviti melibatkan percampuran murid yang ramai.
- Bersihkan permukaan yang sering disentuh di sekolah seperti meja kantin dan pemegang tangga.
- Ikhtiarkan pengajaran luar bilik darjah.
- Tingkatkan pengudaraan di dalam kelas.
- Amalkan kebersihan di kalangan murid
Kongsikan kepada rakan guru.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]