Tugasan Guru Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020
Bermula 18 Mac, Kerajaan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020. Harus faham yang perintah ini bukan perintah berkurung. Sepanjang tempoh ini, para guru boleh membuat kerja di rumah dan sebagai penjawat awam perlu akur dengan arahan kerajaan dan kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada langkah keempat, iaitu penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti merupakan salah satu langkah kerajaan menangani penularan wabak ini.
Kita harus bekerjasama dan bersatu hati untuk membantu kerajaan dan barisan hadapan menangani penularan virus covid-19 ini. Rakan-rakan guru yang mempunyai group whatsapp atau telegram boleh membantu kerajaan menyebar luas maklumat ini kepada komuniti di sekolah sama ada PIBG ataupun ibubapa.
Marilah kita berdoa agar wabak ini dapat segara ditangani di Malaysia ini dan keadaan kembali kepada sedia kala.
Perkongsian ini merupakan tugasan yang boleh dilaksanakan guru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Diharap rakan guru boleh menyiapkan tugasan yang tertangguh.
Antara tugasan yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah
Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Kokurikulum dan HEM
Guru juga boleh menyediakan eviden-eviden berkaitan dengan SKPMg2 meliputi hal berkaitan kurikulum, kokurikulum dan HE
Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
Antara perkara dan bahan berkaitan panitia yang boleh diselesaikan oleh guru adalah
Berikut pula merupakan bahan berkaitan dengan pengurusan kokurikulum sekolah
Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah rendah dan menengah
Evidens skpmg2 3.2 Pengurusan kokurikulum
Contoh perancangan strategic kokurikulum
Senarai semak fail kokurikulum (guru penasihat)
Bahan lengkap fail kokurikulum 2020
Modul latihan sukan dan permainan sekolah rendah menengah
Minit mesyuarat kokurikulum sekolah
Koleksi rancangan aktiviti kelab dan persatuan
Pelan strategic unit beruniform
Seterusnya adalah guru boleh menyiapkan soalan soalan yang boleh dilaksanakan di sekolah selepas berakhirnya perintah ini. Semoga perintah ini tidak dilanjutkan dan wabak di Malaysia ini berjaya di atasi.
Koleksi Bank Soalan KSSM Sekolah Menengah Sepanjang Tahun 2020
Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah KSSR Sepanjang Tahun 2020
Koleksi Bank Soalan Persediaan UPSR 2020
Bank Soalan UPSR Sebenar 4 Tahun 2016-2019
Koleksi Soalan Percubaan PT3 2019 Format Baharu
Koleksi Percubaan SPM 3 Tahun 2017 hingga 2019
Guru juga boleh melengkapkan tapak PBD murid dan pelajar sepanjang perintah ini.
Template Pelaporan PBD Tahap 1 dan Tahun 4 KSSR Semakan 2020
Koleksi Tapak Pelaporan Kelas KSSM Tingkatan 1 – Tingkatan 3
Koleksi Pelaporan PBD Tingkatan 4 KSSM
Guru boleh menyiapkan RPH yang tertunggak sepanjang persekolahan di antara Januari hingga Mac.
Koleksi RPH KSSR 2020 Tahun 1 hingga Tahun 6
Koleksi RPH TS25 Sekolah Menengah
Koleksi RPH TS25 Sekolah Rendah
Kongsikan kepada rakan guru.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Soo Sien Yong
Sgt berguna n berfaedah terutama dlm keadaan darurat. Fingertip info n resources