Ujian Akhir Tahun Pendidikan Kesihatan Tahun 4 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan Ujian Akhir Tahun Pendidikan Kesihatan Tahun 4 KSSR Semakan. Seperti sedia maklum, bermula 2020, murid tahun 4 akan menggunakan sukatan ataupun dokumen standard kandungan dan prestasi yang terbaru iaitu KSSR Semakan
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Bagi peringkat sekolah rendah, hanya 2 kali peperiksaan bertulis diadakan iaitu pada pertengahan tahun dan penghujung tahun.
Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan akhir tahun
- Nyatakan pernyataan yang tepat berkenaan dengan akil baligh.
A Remaja sedang meningkat dewasa
B Peringkat kematangan anggota seksual dan sistem reproduktif seseorang
C Otot dan anggota badan semakin membesar
D Perubahan daripada kanak kanak kepada remaja
- Berikut merupakan perubahan fizikal bagi lelaki kecuali
A mengalami perubahan bau badan
B tumbuh misai dan bulu dada.
C Dada membidang
D Punggung membesar
- Pilih pernyataan yang menyatakan perubahan fizikal pada perempuan selepas akil baligh.
i-bersuara lunak
ii-payu dara membesar
iii-otot tangan dan kaki membesar
iv-dada menjadi bidang
A I,ii dan iii
B I, ii, iii dan iv
C I, iii dan iv
D I, ii dan iv
- Hanis berasa gelisah, mual, loya dan cepat merah.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A simpton haid
B menarke
C ihtilam
D akil baligh
- Nyatakan cara menjaga kebersihan diri yang boleh dilakukan oleh remaja perempuan semasa kedatangan haid
A mengepit kuku
B memotong rambut
C mandi dan bersihkan diri
D membasuh dan menukar tuala
- Cecair yang mudah terbakar dan memberikan kesan memabukkan kepada seseorang jika diminum berlebihan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Rokok
B Dadah
C Alkohol
D gam
Berikut merupakan kertas Ujian Akhir Tahun Pendidikan Kesihatan Tahun 4 KSSR Semakan
Kertas Ujian Akhir Tahun 4 Pendidikan Kesihatan KSSR Semakan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]