Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan pada 4 Jun 2020
Setelah berbulan persekolahan ditutup, akhirnya pihak KPM mengeluarkan garis panduan untuk dijadikan rujukan kepada pihak sekolah untuk membuat pelbagai SOP bagi menjaga kesihatan dan keselamatan murid.
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok 4 Jun 2020 bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya – Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Garis panduan ini dikeluarkan bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.Sumber daripada Majlis Keselamatan Negara.
Berita ini diperkuat dengan gambar pelancaran yang telah tular semalam melibatkan Kemnterian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Diharapkan pihak pengurusan sekolah dan juga guru memastikan agar garis panduan ini dapat dipatuhi.
Apakah persediaan yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah akan diketahui esok. Pastinya ramai yang tertanya-tanya.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]