Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Perkongsian kali ini melibatkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak sekolah pasca wabak Covid-19.
Setelah berbulan persekolahan ditutup, akhirnya pihak KPM mengeluarkan garis panduan untuk dijadikan rujukan kepada pihak sekolah untuk membuat pelbagai SOP bagi menjaga kesihatan dan keselamatan murid.
Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Di dalam kelas pula, seperti yang kita sedia maklum lebih awal, jarak antara meja adalah 1 meter dan mengikut keluasan kelas. Jika terdapat lebihan pelajar, pelajar tersebut akan dipindahkan ke kelas yang lain.
Sekolah juga perlu menyediakan bilik isolasi dan mana mana pelajar yang menunjukkan gejala perlu diasingkan di dalam bilik ini dah ibu bapa pelajar berkenaan perlu dihubungi.
Di dalam sekolah juga, akan ditanda anak panah untu menunjukkan arah pergerakan pelajar yang sepatutunya bagi mengelakkan berlaku pertembungan di antara kumpulan-kumpulan pelajar.
Di dalam bilik guru juga akan dilakukan penjarakkan sosial di mana guru-guru yang ramai dalam bilik guru akan dipindahkan ke bilik lain. Antara bilik yang mungkin terlibat adalah bilik sains, bilik muzik, pusat sumber, perpustakaan, bilik agama dan pelbagai bilik lagi yang terdapat di sekolah.
Berikut merupakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pasca wabak covid-19. SOP lanjut dalam pdf akan dikongsikan selepas ini.
Antara garis panduan adalah waktu persekolahan 1 sesi pukul 7 pagi hingga 4 petang dan untuk 2 sesi 7 pagi hingga 6.45 petang. Murid tingkatan 5 dan 6 serta 100 peratus pekerja.
Jarak 1 meter dalam semua aktiviti persekolahan. Hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat pada waktu pagi, rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
Pertandingan koakademik dan kokurikulum dalam talian. Sukan, aktiviti kokurikulum bersemukadan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.
Berikut merupakan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah dalam bentuk dokumen.
Garis Panduan Pengurusan Pembkaan Smula Sekolah
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]