Contoh SOP Pelan Lantai Persekolahan SMK Lubok Merbau
Perkongsian kali ini adalah melibatkan contoh SOP Pelan Lantai Persekolahan SMK Lubok Merbau PPD Padang Terap. SOP Pelan Lantai ini telah dipantau oleh pihak atasan sebelum ini.
Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.
sekolah akan dibuka secara berperingkat. KPM akan mengumumkan sebarang perkembangan berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.
Antara SOP yang diterangkan adalah
Apabila murid sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.50C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
Antara susun atur dan sop yang dilaksanakan adalah
Laluan masuk ke sekolah
Laluan saringan suhu ketika murid hadir ke sekolah
Saringan suhu untuk barisan pengurusan sekolah dan AKP
Keadaan di bilik mesyuarat sekolah.
Untuk menontoh video penuh…
Kongsikan kepada rakan guru.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]