Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah di mana prasekolah akan mula beroperasi bermula 1 Julai 2020.
Antara garis panduan adalah
Guru dan Pembantu Pengurusan Murid perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:
2.2.1 Memakai pelitup muka semasa bersama-sama dengan murid.
2.2.2 Memastikan gate keeping dijalankan bagi memeriksa suhu badan dan membuat saringan gejala. Ibu bapa / penjaga dan murid yang bergejala tidak dibenarkan memasuki kawasan prasekolah.
2.2.3 Memastikan ibu bapa / penjaga tidak memasuki kelas prasekolah / tabika / tadika.
2.2.4 Mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) sebelum serta selepas aktiviti PdP.
Ibu bapa / penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:
2.3.1 Memastikan anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke prasekolah / tabika / tadika. Anak / anak jagaan yang tidak sihat tidak dibenarkan hadir.
2.3.2 Memastikan anak / anak jagaan menjaga kebersihan diri.
2.3.3 Menghantar dan mengambil anak / anak jagaan mengikut waktu yang ditentukan.
2.3.4 Menggalakkan anak / anak jagaan memakai pelitup muka. Anak / anak jagaan berimuniti badan yang rendah mesti sentiasa memakai pelitup muka manakala anak / anak jagaan yang tidak boleh mengurus pemakaian pelitup muka tidak perlu memakainya.
2.3.5 Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis prasekolah / tabika / tadika semasa menghantar dan mengambil anak / anak jagaan.
2.3.6 Memastikan anak / anak jagaan tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan / minuman (pengecualian diberikan kepada anak / anak jagaan yang memerlukan
Berikut merupakan dokumen Garis Panduan Pembukaan semula prasekolah
Garis Panduan Pembukaan Semula PraSekolah
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]