Lembaran Kerja Prasekolah 2020
Perkongsian kali ini melibatkan pelbagai lembaran kerja prasekolah untuk kegunaan tahun 2020. Boleh cetak dan beri kepada murid sebagai latih tubi untuk mengukuhkan penguasaan murid.
Bahan dan tips dikongsikan oleh rakan guru di Prasekolah menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau sendiri mendidik anak murid dan anak beliau sendiri dalam menguasai asas matematik
Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep “semua” atau “tiada langsung” (“all-or-nothing”) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.
Berikut merupakan lembaran kerja untuk prasekolah. Kongsikan kepada rakan guru.
Lembaran Kerja Matematik Asas Tolak Prasekolah
Lembaran Kerja Matematik Asas Tambah Prasekolah
Lembaran Kerja Membilang 1-20 Prasekolah
Koleksi Lembaran Kerja Pengangkutan Transportation Prasekolah
Koleksi Lembaran Kerja Sains Prasekolah
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]