Semua guru hadir bertugas mula 24 Jun 2020
Perkongsian kali ini berkenaan dengan makluman semua guru hadir bertugas mula 24 Jun 2020.
PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan PdP di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti PdP di rumah.
6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan PdP:
- mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP;
- menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut dilibatkan;
- melakukan semakan Rancangan PengajaranTahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP;
- melaksanakan pemantauan PdP;
- dan memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan.
6.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
- merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh diterokai adalah seperti pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian;
- merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial;
- memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan
- memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.
Makluman mengenai perkara ini
Mahupun begitu, pelbagai kekangan seperti menjaga anak perlu berbincang dengan PGB masing masing.
Pemakluman mengenai perkara ini boleh di muat turun di
Pemakluman Berhubung Kehadiran Guru ke Tempat Bertugas dan Persediaan Pembukaan Semula Sekolah
Kongsikan kepada rakan guru.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]