Peruntukan Masa Minimun Penjajaran Kurikulum Tahun 2020
Perkongsian kali ini melibatkan peruntukan masa minimun penjajaran kurikulum tahun 2020 untuk digunakan pada tahun 2020 sahaja.
Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.
Bagi murid Tingkatan 6 semester 1, kelas peralihan, tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020.
Manakala bagi murid tahun 1 hingga 4, akan mula ke sekolah pada hari rabu 22 Julai 2020.
Berikut merupakan contoh beberapa gambaran peruntukan masa minimun untuk kegunaan sesi persekolahan apabila dibuka nanti.
Berikut merupakan surat makluman dan dokumen masa minimun penjajaran kurikulum tahun 2020. Kongsikan
dokumen masa minimun KSKP dan KSSM
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]