Contoh Simulasi Jadual Waktu Penjajaran Kurikulum 2020 Sekolah Rendah
Perkongsian kali ini melibatkan Contoh Simulasi Jadual Waktu Penjajaran Kurikulum 2020 bagi sekolah rendah.
Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.
Bagi murid Tingkatan 6 semester 1, kelas peralihan, tingkatan 1 hingga 4 serta murid tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu 15 Julai 2020. Manakala bagi murid tahun 1 hingga 4, akan mula ke sekolah pada hari rabu 22 Julai 2020.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada pihak sekolah, guru dan ibu bapa
Peruntukan Masa Minimun Penjajaran Kurikulum Tahun 2020
Berikut merupakan Contoh Simulasi Jadual Waktu Penjajaran Kurikulum 2020 bagi sekolah rendah. Jadual waktu ini telah dibuat dan dikongsikan oleh rakan guru. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]