Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum KSSR Sekolah Rendah 2020
Perkongsian kali ini melibatkan Dokumen Penjajaran Kurikulum DPK KSSR untuk sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kongsikan kepada rakan guru.
Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). Arahan PKP telah
membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.
Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Berikut merupakan DPK bagi kegunaa tahun 2020 yang diletakkan bersama dengan DSKP. DPK bagi Tahun 1 hingga Tahun 4 menggunakan terlibat hanya Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahun 5 dan 6 untuk semua mata pelajaran. Kongsikan.
DPK dan DSKP Tahun 1 semakan 2017
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 2 KSSR Semakan 2017 (2018)
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 3 KSSR Semakan 2017 (Bermula 2019)
Koleksi DPK dan DSKP Tahun 4 KSSR Semakan 2017
Berikut disediakan pautan kepada guru memuaturun DPK dan DSKP tahun 5.
Klik pautan di bawah untuk DPK dan DSKP tahun 5 bagi mata pelajaran bahasa. (BM, BI et)
DPK dan DSKP tahun 5 mata pelajaran bahasa
Klik pautan di bawah untuk DPK dan DSKP tahun 5 bagi mata pelajaran selain bahasa iaitu SN, MT RBT TMK dan lain-lain lagi.
DPK dan DSKP tahun 5 mata pelajaran selain bahasa
Berikut disediakan pautan kepada para guru untuk memuaturun DSKP tahun 6.
Klik pautan di bawah bagi dpk dskp mata pelajaran melibatkan bahasa iaitu BM, BI dan lain-lain lagi.
DPK dan DSKP tahun 6 mata pelajaran bahasa
Klik pautan di bawah bagi dpk dan dskp mata pelajaran bukan bahasa seperti SN, MT, RBT, SEJ PM dan lain-lain lagi.
DPK dan DSKP tahun 6 mata pelajaran selain bahasa
Terbaik !!!!
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]