Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah
Perkongsian kali ini melibatkan RPT Penjajaran Kurikulum 2020 KSSR Sekolah Rendah. Kebanyakan adalah melibatkan mata pelajaran tahun 5 dan tahun 6. Tahun 1 hingga tahun 4 melibatkan bahasa arab dan pendidikan islam.
Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19).
Arahan PKP telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.
Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi kegunaan tahun 2020.
Di bawah ini koleksi rpt dpk tahun 2020 KSSR Semakan mengikut tahun (rancangan pengajaran tahunan) -RPT – Mata pelajaran melibatkan bahasa sedang dikemaskini. In sha Allah esok 21 julai.
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 1 2020 KSSR Semakan
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 2 2020 KSSR Semakan
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 3 2020 KSSR Semakan
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 4 2020 KSSR Semakan
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 5 2020 KSSR
Koleksi RPT DPK dan RPT Tahun 6 2020 KSSR
Koleksi RPT 2020 DLP Year 1-Year 6 Science Mathematics
Selamat merancang cikgu !!! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]