Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Perkongsian kali ini melibatkan garis panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah.
Antara garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum
3.1.1 Kehadiran guru/jurulatih dan murid berdasarkan kepada jadual dan penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum.
3.1.2. Pelan susun atur disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan padang, gelanggang, dan ruang lain yang bersesuaian.
3.1.3. Peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
3.1.4. Murid digalakkan mengguna peralatan sendiri seperti raket badminton, tali ikatan dan alat muzik.
3.1.5. Bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih.
3.1.6. Bilangan murid yang menggunakan bilik mandi/persalinan/tandas dihadkan mengikut kapasiti bilik.
Garis panduan semasa pelaksanaan
3.2.1. Penjarakan fizikal dan prosedur sedia ada perlu dipatuhi bagi aktiviti berikut: satu (1) hingga tiga (3) meter bagi aktiviti statik seperti aktiviti regangan dan memanaskan badan; dan tiga (3) hingga lima (5) meter bagi aktiviti dinamik seperti latihan sukan, kawad kaki dan tarian.
3.2.2. Maklumat disampaikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka (face mask) dan mencuci tangan dengan sabun danair/pensanitasi tangan (hand sanitizer) perlu diamalkan.
3.2.3. Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid lain.
Garis panduan selepas pelaksanaan
3.3.1. Peralatan dibersihkan/disanitasi dan disimpan dengan baik selepas digunakan.
3.3.2. Ruang/tempat yang digunakan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.
3.3.3. Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas tamat aktiviti.
3.3.4. Murid dan guru/jurulatih perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tamat aktiviti.
3.3.5. Murid dan guru/jurulatih perlu meninggalkan kawasan aktiviti/sekolah dengan kadar segera selepas tamat aktiviti.
Berikut merupakan garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]